Greenwich Pizza
Greenwich Pizza

Greenwich Pizza

Greenwich Pizza, juga dikenali sebagai Greenwich, ialah rantaian kedai pizza dan pasta di Filipina. Rantaian itu ditubuhkan pada 1971 oleh Cresida Tueres.Pada tahun 1994, Jollibee Foods Corporation memperolehi 80% saham Greenwich.[1] Kemudian, pada 2006, Jollibee memegang baki saham dari Greenwich sebanyak ₱384 juta, memberi laluan kepada syarikat baru yang dikenali sebagai Greenwich Pizza Corporation. Francais itu mengalami pengembangan pesat daripada 50 kedai asal pada 1994 kepada lebih 240 kedai dengan hasil tahunan lebih 4 bilion pada 2005. Dengan berkembang lebih pesat pada 2011, syarikat itu telah membuka 330 kedai.[2]Greenwich Pizza kemudian menjadi jenama yang diuruskan oleh Fresh N' Famous Foods, anak syarikat Jollibee Foods Corporation.[3]